Thursday, February 14, 2013

Jangan gelakkan Awie, kesian dia...

Amboi, bersopannya Awie, bertutup litup...

Salam semua...

Rasanya dah dekat tiga minggu Pak Long tak gelak. Lawak yang Mak Long hang buat bukan selalunya lawak sangat pun. Pak Long buat-buat gelak ja bila Mak Long buat lawak, jaga hati. Tapi hari ni Pak Long gelak sungguh. Bukan main-main punya gelak, gelak gulin-gulin... Keraih perut Pak Long, berayaq mata-mata punya gelak...

Tak sangka sungguh Pak Long orang Umno pandai buat lawak... boleh kencin manih Pak Long punya dok gelak ke depa...

Hadoiih... koi pelan merapu dah budak-budak Umno neh. Ada ka depa ambik Awie jadi ketua kempen benteraih maksiat, hilang akai ka hapa... Berita yang budak Awie ni beria-ia sangat pertahankan kelab malam dia tu pun tak dan nak sejuk elok lagi, tup-tup keluaq berita dia nak mendidik masyarakat amalkan nilai murni, sayang kat bangsa, agama dan negara. Dalam kelab malam dia tu semua kena pakai tudung litup kot, ka tempat budak-budak pi mengaji...

Alahai Umno oii, hangpa ambik tokey kelab malam ketuai kempen banteraih maksiat neh sama la dengan Mahathir diangkat jadi ketua kempen banteraih rasuah, atau iktiraf Rosmah jadi suami mithali, atau ambik Taib Mahmud jadi ketua kempen anti membalak, atau lantik pengerusi SPR, si Aziz tu jadi ketua kempen pilihanraya bersih dan adil... Punah ranah habih la Malaysia...

Betoi la kata Mak Long hang, orang Umno ni memang suka buat lawak... haha...

Tapi macam besa la, Pak Long tetap berharap yang terbaik dari Allah jua tuk semua hamba-hambaNya... Jadilah hamba yang sebenaq-benaq hamba pada Allah s.w.t, bukannya hamba pada harta dan dunia...

Wassalam...


12 comments:

  1. Salam Pak Long Din,
    Mohon link blog saya, http://wartapakabu.blogspot.com/

    Terima kasih atas jasa baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Abu,
      Pak Long dah pautkan blog hang dah, tekiu... hehe...

      Delete
  2. puak2 umNOmore dah tak boleh nak panggil ustaz dah kecuali ustaz uang hafal perlembagaan umNOmore tu je.. tu pasal panggil ustaz pakai seluar pendek... hahahahah

    ReplyDelete
  3. ketua perompak yang masih aktif boleh ka dilantik untuk jaga kegiatan rompak cuba duk pikia' sikit ada akai ka

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Long,

    Awie nie ahli umno dan ahli pekida yang terkenal, umno memang suka dengan orang2 seperti awie. Popular, samseng, bergaduh, pernah di tangkap khalwat, kahwin cerai dan kini buka disko pula.
    Bukankah semua ciri yang ada pada awie itu adalah rupa umno sebenar?
    Pemimpin umno juga pandai bercakap nak bendung gejala sosial tetapi di balik tabir memberi lesen judi dan disko.
    Pandai juga pemimpin umno bercakap seperti ulama islam tetapi di balik tabir mengeluarkan filem dan drama setiap hari di tv mengajak rakyat pada zina dan maksiat.


    Baca satu article yang best sebagai pembukaan mood PRU13 nie:

    http://astanakandis.blogspot.com/2013/02/angin-pun-laknat-umno.html

    Harapan saya Pak Long Din dapat linkkan blog PR yang baru di buka bernama AstanaKandis nie. Sekiranya dapat di lakukan terima kasih saya ucapkan, supaya mudah saya nak kesana dan kemari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Salju,
      Dahh... anak Pak Long dah pun pautkan kat astanakandis, tekiu...

      Delete
  5. rockers belachan ni pakai rantai kaki tu...geli betul aku tengok..

    ReplyDelete
  6. Pak Long boleh link blog sy..Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. hahaha..
    Che' yg membesar dgn lagu2 Wings ni pun dh meluat dgn penyanyinya ni..dh la nyanyi pancet,yg pemuzik dia plak sangka Awie ni muda lg..
    Hahahaha..buat la lagu2 yg smpai napaih Awie ni jer..Takut2 tengah konsert,sekali tarik lagu Rasihad utama teruih meninggal...hahaha baru jd Taman Rashidah utama Kubur penyanyinya..

    Btw,Awie kalo nk jadi Duta seruan Islam,mulakan la dgn menutup Kelab2 Maksiat dia tuh..
    Yg dia kata Melayu pon terlibat dgn perniagaan yg mcm ni jenis Melayu x pegi dgr kuliah agama jer Awie oii..
    Kalo x buat Pak Long gelak lg besaq lg ada laaaa..
    Hahahahaha...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails